Saturday, December 12, 2009

syukur

Syukur alhamdullillah ke hadrat Illahi, result exam sudah pun keluar. Aku agk terkejut dengan keputusan yang ku terima walaupun sebenarnya aku mengharap lebih dari itu. Terima kasih banyak2 Anim kerana menyemakkan result aku dan terima kasih atas ucapan tahniah yang kau berikan pada aku berulang kali... Terpancar kegembiraan di wajah mak, abah aku apabila aku memberitahu result aku. Aku bersyukur padamu, Allah... Tidak sia-sia segala usaha apatahlagi ketika sem lepas aku study siang malam bekerja dalam masa dua bulan lebih.

Sunday, November 15, 2009


Puisi ciptaan sendiri hasil bimbingan penyair terkenal negara: Dr.Lim Swee Tin..

CERITA TENTANG HIDUP

Telah ku rempuh badai melanda,

Telah ku tempuh duga dan cabar

Hingga membuat aku kini menjadi lebih gagah

Mengharungi hidup yang tak akan henti tercalar

Kerana sikap kepuraa-puraan manusia

yang akan membinasakan sekalian hati yang tabah

yang akan menghancurkan sekalian jiwa yang sabar

tanpa tahu punca dan tujuannya...


Tidak sesekali ku mengalah

Tidak sesekali ku menghindari

Apatahlagi, tika dan saat ini

Kejayaan semakin menghampiri

Yang mencambahkan titik-titik penghujungnya

Bersama kuntuman senyum mesra.

Puisi ciptaan sendiri hasil bimbingan penyair terkenal negara: Dr.Lim Swee Tin...

ADALAH KITA

Jangan sesekali kau mengalah,

Kakimu kaku melangkah

Rentakmu tak bertingkah

Kerana sesungguhnya jika kau teroka indah hidupmu

Maka bahagialah tercipta


Jangan sumbang bicaramu,

Memberi kata, meluahkan rasa,

Kerana tertunasnya idea

Adalah kita penegak

Ilmu sastera yang mengajar manusia

Mengenal bangsa...

PUISI CIPTAAN SENDIRI HASIL BIMBINGAN PENYAIR NEGARA: DR.LIM SWEE TIN

JADILAH

Leka diusik kenangan

Bisa buat kau lupa pada masa depan

Lalai dibuai harapan

Bisa buat kau alpa pada masa kini


Jadilah, manusia

Walaupn sudah ada silapnya

Bingkas bangun tanpa

Ragu dan curiga

Kerna sesungguhnya...

Tapak bermulanya kejayaan adalah

kegagalan

Tapak bermulanya keinsafan sebenar

adalah kesilapan yang membawa penderitaan...
Video Klip Ini Ku Tujukan Khas Untuk Kawan-kawanku....

Pulang ke Kampung...


Lega sungguh akhirnya selesai menjalani segala tugas dan exam pada sem ini... Dan akhirnya, aku pulang ke kampung. Aku cukup gembira aku dapat pulang ke kampung jumpa keluarga tersayang. Namun begitu, aku cukup sedih kerana meninggalkan kawan-kawan yang ku anggap seperti adik-beradik ku sendiri. Harap perpisahan yang berlaku sementara ini mengajar kita rindu seorang kawan dan seorang teman. Dan biarlah,ianya mengajar kita nilai sebuah persahabatan....
Video Klip Puspa By Sejati UPM...Kenangan Terindah...