Saturday, December 12, 2009

syukur

Syukur alhamdullillah ke hadrat Illahi, result exam sudah pun keluar. Aku agk terkejut dengan keputusan yang ku terima walaupun sebenarnya aku mengharap lebih dari itu. Terima kasih banyak2 Anim kerana menyemakkan result aku dan terima kasih atas ucapan tahniah yang kau berikan pada aku berulang kali... Terpancar kegembiraan di wajah mak, abah aku apabila aku memberitahu result aku. Aku bersyukur padamu, Allah... Tidak sia-sia segala usaha apatahlagi ketika sem lepas aku study siang malam bekerja dalam masa dua bulan lebih.

Sunday, November 15, 2009


Puisi ciptaan sendiri hasil bimbingan penyair terkenal negara: Dr.Lim Swee Tin..

CERITA TENTANG HIDUP

Telah ku rempuh badai melanda,

Telah ku tempuh duga dan cabar

Hingga membuat aku kini menjadi lebih gagah

Mengharungi hidup yang tak akan henti tercalar

Kerana sikap kepuraa-puraan manusia

yang akan membinasakan sekalian hati yang tabah

yang akan menghancurkan sekalian jiwa yang sabar

tanpa tahu punca dan tujuannya...


Tidak sesekali ku mengalah

Tidak sesekali ku menghindari

Apatahlagi, tika dan saat ini

Kejayaan semakin menghampiri

Yang mencambahkan titik-titik penghujungnya

Bersama kuntuman senyum mesra.

Puisi ciptaan sendiri hasil bimbingan penyair terkenal negara: Dr.Lim Swee Tin...

ADALAH KITA

Jangan sesekali kau mengalah,

Kakimu kaku melangkah

Rentakmu tak bertingkah

Kerana sesungguhnya jika kau teroka indah hidupmu

Maka bahagialah tercipta


Jangan sumbang bicaramu,

Memberi kata, meluahkan rasa,

Kerana tertunasnya idea

Adalah kita penegak

Ilmu sastera yang mengajar manusia

Mengenal bangsa...

PUISI CIPTAAN SENDIRI HASIL BIMBINGAN PENYAIR NEGARA: DR.LIM SWEE TIN

JADILAH

Leka diusik kenangan

Bisa buat kau lupa pada masa depan

Lalai dibuai harapan

Bisa buat kau alpa pada masa kini


Jadilah, manusia

Walaupn sudah ada silapnya

Bingkas bangun tanpa

Ragu dan curiga

Kerna sesungguhnya...

Tapak bermulanya kejayaan adalah

kegagalan

Tapak bermulanya keinsafan sebenar

adalah kesilapan yang membawa penderitaan...
Video Klip Ini Ku Tujukan Khas Untuk Kawan-kawanku....

Pulang ke Kampung...


Lega sungguh akhirnya selesai menjalani segala tugas dan exam pada sem ini... Dan akhirnya, aku pulang ke kampung. Aku cukup gembira aku dapat pulang ke kampung jumpa keluarga tersayang. Namun begitu, aku cukup sedih kerana meninggalkan kawan-kawan yang ku anggap seperti adik-beradik ku sendiri. Harap perpisahan yang berlaku sementara ini mengajar kita rindu seorang kawan dan seorang teman. Dan biarlah,ianya mengajar kita nilai sebuah persahabatan....
Video Klip Puspa By Sejati UPM...Kenangan Terindah...

Tuesday, October 27, 2009

Produksi Terbaik Di Mataku...

Inilah Produksi Teater yang terbaik dan menghiburkan. Siapa sangka hanya seminggu latihan. Itupun latihan antara pelakon sahaja dan tanpa reheseal kami tetap dapat menyelesaikan persembahan teater dengan baik walaupun kurang cemerlang. Tetapi apa yang membanggakan coverline sesetengah pelakon dianggap berjaya dan mencuit hati... Cayalah, korang... Aku bangga menjadi sebahagian dari korang semua. Walaupun korang baru sem pertama tetapi bakat korang dah nampak. Kesungguhan dan semangat korang juga begitu terlihat dari cara dan sikap korang dalam memberi komitmen pada team produksi teater Kumpulan 4... Akhirnya, selesai sudah kita berteater. Macam tak percaya je... Almaklumlah, ini semua pengalaman pertama buat kita semua...

Friday, October 16, 2009

KOMEN TENTANG KELAS MULTIMEDIA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU


Kelas Multimedia ini yang dikendalikan oleh Dr.Normaliza memberi banyak faedah kepada pelajar. Apa yang saya dapat sepanjang mengikuti kelas Multimedia dalam Kesusasteraan Melayu ialah saya lebih peka dengan perkembangan teknologi semasa. Contohnya, penggunaan blog dilihat berfaedah kerana di situlah tempat kita semua berkongsi masalah dan maklumat. Dari situ juga kita tahu setiap yang bernama manusia pasti diuji dengan pelbagai dugaan dan teman-teman yang mengikuti blog kita dapat memberi galakan dan sokongan yang membina melalui komen-komen mereka. Selain itu, melalui facebook pula mengajar saya membina teka-teki dan pantun untuk dikongsi bersama kawan-kawan. Di mana, kebanyakan dari teka-teki dan pantun yang saya berikan melalui facebook adalah ciptaan saya sendiri. Disebabkan ianya adalah ciptaan sendiri maka akan adalah pertambahan teka-teki dan pantun baru. Aktiviti-aktiviti lain pula seperti e-sastera pula dapat menonjolkan bakat dalam penciptaan karya kreatif malah rakan-rakan yang lain dapat memberikan maklum balas kelebihan dan kekurangan karya kita. Dari situ kita dapat memperbaikki apa yang kurang. Di samping itu, aktiviti-aktiviti dalam kelas seperti e-majalah, dapat mengajar kita tentang asas-asas grafik seperti mudah, kesesuaian, warna, keseimbangan,dan teks. Sebagai kesimpulan, kelas Multimedia dalam Kesusasteraan Melayu memberi faedah kepada saya. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Dr. Normaliza Abd. Rahim...

Wednesday, October 14, 2009

Aku berlakon lagi???

Alamak, aku terlibat lagi dengan perkara yang boleh dikategorikan lakonan gak. Tetapi kali ni lakonan tanpa suara iaitu lakonan video klip. Aku dah agak dah confirm aku aku yang kena jadi pelakon utama. Mungkin dieorang tengok aku yang selamba ni. Tetapi, tak kisahlah, kerana itu tugasan dari pensyarah. So, aku dengan rela memberi kerjasama kepada group aku setelah mereka mahu aku jadi heroin dalam video klip tu. Apatahlagi, lagu yang terpilih tu adalah lagu kegemaranku " Puspa" nyanyian ST12. Biasalah, lagu dari mana lagi yang sedap sangat didengar dan dihayati kerana penuh dengan jalan cerita kalau bukan dari seberang( Indonesia). Sekarang group aku sedang giat menjalani latihan sebelum lakonan sebenar dilakukan dan sebelum video klip tersebut dimasukkan ke dalam You Tube seperti yang diminta oleh Dr. Normaliza.

Aku berlakon?




Aku akan berlakon??? Macam tak percaya je... Taklah, sebenarnya bukan di syarikat produksi lakonan pun just berlakon dalam kelas teater Kumpulan 4( Kokurikulum Berkredit). Sebenarnya, aku tak nak terlibat sebab aku dah tahun akhir sudah tentu busy sangat apatahlagi aku merasakan aku perlu bagi peluang pada junior-junior tetapi apa nak buat dieorang nak gak aku bawa satu watak. Aku bawa watak orang tua berusia 60 tahun, Fatimah berdasarkan skrip Alas Lapik Pinang. Tak apyahlah aku nak cerita sinopsis cerita ini kat sini. Korang pergilah tengok masa pementasan sebenar nanti. Just, apa aku nak kongsi kat sini, aku sekarang tengah buat latihan suara. Macam mana nak tukar jadi seorang tua walaupun aku ni boleh dikategorikan kecoh jugalah. Tak apa, aku akan cuba dan aku dengan rela dikritik oleh semua kawan yang menonton supaya aku tahu aku ni ada bakat atau tidak walaupun aku minat. Sebab kata orang ada minat, ada rupa tetapi kalau tak ada bakat tak boleh juga. Namun, begitu kalau nak mencuba tak salahkan... Tunggu dan lihat...

Dah baik dengan si dia...

Sebenarnya, nak kata kiteorang pasangan couple tak jugak. Aku berumur 22 tahun dan dia 19 tahun. Seperti adik dan akak bukan? Tetapi maybe kiteorang sayang antara satu sama lain. Pergaduhan antara aku dan si dia sekejap dulu sebab dia tidak boleh terima bekas pakwe aku nak berkawan dengan aku semula. Terus dia tidak baik dengan aku. Keegoaannya buatlah aku sakit hati. Tetapi, tak mengapa, aku cuba lembutkan hati, pergilah melawat dia ditimpa kecelakaan atau sakit. Dia masih buat tak tahu je tetapi kuasa Allah siapa yang tahu akhirnya pada hari ini aku berbaik-baik semula dengan dia. Panjang perbualan kami. Walaupun asyik kena sakat tetapi aku tidak kisah janji dia boleh tersenyum melihat aku semula seperti waktu-waktu dahulu... Aku kalau boleh tidak mahu pergaduhan kami berpanjangan walaupun baik bukan sebagai teman istemewa kerana bagiku luahan-luahan dia dulu terhadap aku sudah berlalu. Lagipun, aku harus hargai jasa seorang teman sepertinya yang telah banyak membantu aku dan mengambil berat tentang diriku dalam pelbagai hal.

Aku Sakit Mata!


Aduhai, aku sakit mata? Tak pernah-pernah aku kena. Kena pulak. Sudah masuk dua hari mataku merah-merah, malunya... Cermin mata hitam lamaku pula telah rosak. Yalah, dah nak masuk tiga tahun tak tukar-tukar beb. Apa nak buat ni... Nak tutup mata yang agak menjengkelkan tiap mata lain yang memandang. Tiada pilihan, terpaksa tebalkan muka tanya member-member. Member-member perempuan semuanya tiada. Agaknya, aku je kot yang terover koleksi bergaya. Tetapi aku tak peduli apa orang nak kata. Kita adalah kita, orang lain adalah orang lain. Bukan berdosa memilikki spek mata hitam pun. Berbalik pada cerita nak pinjam spek mata tadi, akhirnya dapat gaklah pinjam dari seorang kawan ni, dia risau aku sakit mata jadi dia bagilah aku pinjam spek mata dia. Spek mata kesayangan dia pulak tu hadiah hari jadinya. Memanglah, spek mata lelaki tetapi zaman sekarang dari baju hinggalah ke aksesori lain-lainnya macam dah tiada beza untuk lelaki dan perempuan. Dengan itu, sehingga kini iaitu ke perpustakaan aku buat catatan ini aku pakai spek mata hitam. Banyak mata memandang beb tetapi aku buat tak tahu. Aku pakai pun bukan sebab nak glamour pun. Dalam kelas memang sure aku tak berani sebabnya budak-budak lelaki nanti terlebih-lebih mengusik.

Kerana Kejadian Itu...

Kerana kejadian itu iaitu kejadian kemalangan yang menimpa si dia aku mula mengenali keluarganya.... Aku rasa terharu sangat kerana ibu si dia sungguh baik dengan aku. Ketika ibunya menelefon aku pada jam tiga pagi aku sedang tidur. Cuma pada jam lima pagi baru aku terbaca mesej ibunya yang menyatakan:

Fiza, anak mak cik tiada apa-apa. Jadi jangan risau-apa-apa. Dia dah pulang ke rumah.

Aku begitu legalah, membaca mesej. Itu bermakna dia masih boleh teruskan hidup apatahlagi usianya yang masih 19 tahun. Dan kerana jadi biasa dengan ibunya, aku dah pun maklum perangai nakal dan degilnya. Tetapi tidak mengapa, aku faham kerana dia masih muda. Jadi, apa yang aku boleh berikan hanya nasihat sebagai seorang kakak atau apa-apa sahaja. What ever... Kerana Allah yang menentukan segala-galanya.

Si Dia Kemalangan...

Dia kemalangan. Terkejut aku menerima panggilan dari bekas pegawaiku di Hospital Serdang. Sewaktu itu, aku sedang ada program Warna-warni Hari Raya dekat kolej. Bekas pegawaiku yang juga merupakan mak angkat kepada si dia... memberitahu dia sedang kritikal di hospital. Apa lagi aku yang kelam-kabut masa tu nak pergi rumah dia, nak tahu kebenaran berita itu. Hanya Allah tahu perasaan aku ketika itu, aku sungguh gelisah. Nasib memberku yang berkereta nak membantu so aku bergegaslah ke hospital Serdang tengok keadaannya. Tetapi, alhamdulilah, keadaannya tidaklah seteruk disangka cuma tengkuknya sakit sedikit. Apa yang membaluti tengkuknya pun telah dibuka. Dia pun berehat, tidak perasan kehadiranku.Apa yang tidak disangka-sangka ku walaupun aku marah dengan sikapnya yang ego tetapi melihat keadaannya aku mengalirkan airmata juga... Hanya Allah yang tahu apa yang terbuku di hatiku sebenarnya...

Aku dapat anugerah MACAZ 09.




Aku dapat Anugerah MACAZ 09 iaitu Anugerah Kecemerlangan Pendeta Za'ba. Alangkah bangga dan gembiranya aku kerana apa yang aku usahakan pada sem lepas berhasil dengan seribu kejayaan. Bukanlah, aku nak menunujuk-nunjuk aku hebat. Tidak! Tetapi inilah, bukti yang boleh ku khabarkan pada mak, abah aku yang selama ini mengharap agar aku berjaya dalam pengajian... Tetapi, yang menjadi pertanyaan aku kini mampukah kau mengulangi kejayaan pada sem ini? Hanya dengan usaha, doa semua pihak dan keberkatan dari-Nya memungkinkan aku mengulangi kejayaan ini. InsyaAllah...

Friday, October 9, 2009

TERJEBAK DENGAN YM?

Aku terjebak dengan YM? Ni satu kejutan baru ni...Aku yang selama ini tidak suka beremail-email seperti YM dan seangkatan dengannya tiba-tiba YM sampai pagi...Tak tahulah kenapa...Tetapi tidak mengapalah aku terima sebagai perubahan baru dalam hidupku... Sebelum ini bukan aku tak tahu benda-benda ini semua cuma aku malas layan. Bagiku melekakan tetapi betullah. Apa-apa pun sekarang ini aku dah ada blog dan facebook sekali. Ternyata bermanfaat. YM mungkin kuranglah manfaatnya sebab banyak yang merapu je tetapi blog dan facebook yang Dr. Normaliza minta pelajar-pelajarnya buat memang menyeronokkan jika difikirkan secara positif. Aktiviti-aktiviti yang berjalan merangsang minda dan menyeronokkan dari berbual-bual kosong bukan?

NAK AMBIL GAJI TETAPI KENA TUNGGU LAGI

Aduhai, tidak faham aku...janji orang ini. Aku tidak dapat gaji lagilah hari ini. Sebelum pergi Hospital Serdang sebenarnya aku sudah telefon pegawaiku tetapi kata pasti hari ini. Jadi aku malaslah nak cal lagi sebelum bertolak, apa pula orang kata dia nanti jadi aku bersabarlah lagi... Tup,tup aku tiba dekat Hospital Serdang, pegawai aku kata esoklah...hari Sabtu tengahari...lorh...tensionnya...kata pegawai slip gaji pula tidak keluar semua... Tetapi, andai benar dikata oklah...Jika sebaliknya, sendiri mahu ingatlah beb... Yang aku ini tidak kisahlah lagi tetapi macam mana pekerja-pekerja yang sudah berkeluarga hendak guna duit kan...

NAK AMBIL GAJI

Malam ini aku hendak ambil gaji dekat Hospital Serdang. Sepatutnya semalam tetapi entahlah malam ini pula. Minta-minta jadilah bos membawa gaji cash hari ini. Aku bukan tidak sabar hendak dapat duit tetapi bila lagi hendak ambil. Sekarang ini aku rasa masa begitu tidak cukup tetapi yang peliknya... tidak bekerja sambilan lagi bertambah penat. Walhal sebulan lebih bekerja malam, belajar siang aku rasa semuanya terurus, semua perkara aku dapat siapkan walaupun hanya Allah sahaja yang tahu aku tidak cukup tidur macam mana tetapi sekarang lain pula jadinya...cukup tidur malah terlebih tidur namun ada sahaja kerja yang ku rasa tidak sempat hendak siapkan... Pelik r...

Thursday, October 8, 2009

Sampai bila harus bersabar?

Ku pujuk hati bersabar lagi... Mendengar cerita teman seolah-olah aku yang mengalaminya. Walaupun aku bukan insan pendendam tetapi ku lihat semuanya dari dalam. Memang sukar mencari serius dalam sesuatu hal. Mungkin melakukan sesuatu kerana terpaksa atau sekadar menjaga hati sahaja. Bila ku fikir-fikir balik apa gunanya meneruskan sesuatu perhubungan andai sekadar panggil bila diperlukan, diam bila tidak mahu dan tiada apa yang penting. Akulah yang akan jadi penasihat tetapi dengarkah mereka sedangkan jika hati sudah sayang??? Entahlah... Sampai bila harus bersabar???

Dah Letih dan Makin Keliru

Sebenarnya, aku dah letih memujukmu adik... Tetapi, entahlah, aku pujuk ke kau. Aku sendiri pun tidak tahu. Aku cuma berani menghantar mesej. Apabila berhadapan dengan kau, tidak berani pula aku bersuara meluahkan apa yang terbuku. Mungkin kau ada menyalahkan aku, mengatakan aku bohong atau sekadar bermain dengan kata-kata tetapi sebenarnya tidak. Disebabkan tidak tertahan lagi dengan tekanan perasaan ini maka aku luahkan segala-galanya dalam blog ini. Tetapi percayalah andai kita lembutkan hati masing-masing dan ikhlas memaafkan antara satu sama lain pasti ini tidak terjadi. Dan yang paling penting kita perlu campakkan perasaan lain yang pernah singgah di hati kerana selagi ada perasaan itu tetapi kita tidak bisa memilikki antara satu sama lain maka takkan terlerai apa yang terbelenggu di fikiran kita.

AKU TERKILAN...

Aku terkilan sungguh sepatutnya malam ini aku bersama keluargaku sebab aku memang sudah rancang nak balik kampung apabila dapat tahu kelas hari Khamis dan Jumaan batal. Kawan sebilik ku pula nak ikut serta. Tiba-tiba gaji hasil aku bekerja di hospital Serdang tidak keluar lagi. Pegawai Operasi kata dia tidak sempat keluarkan duit di bank untuk pekerja yang dapat gaji cash. Kawan sebilikku pula ada kelas ganti Jumaat malam. Aku bukan apa paling utama nak balik kampung ini sebab kawan sebilikku nak datang beraya dan teringin makan rendang kerang mak aku. Tetapi dah jadi macam ini, nak buat macam mana. Aku hanya memendam rasa. Tidak mengapalah, kertas kerja masih banyak lagi ini. Sukar nak diungkapkan tetapi tanggungjawab beb! Dari sekaranglah belajar pikul tanggungjawab. Betul tak?
Aku terkilan sungguh sepatutnya malam ini aku bersama keluargaku sebab aku memang sudah rancang nak balik kampung apabila dapat tahu kelas hari Khamis dan Jumaan batal. Kawan sebilik ku pula nak ikut serta. Tiba-tiba gaji hasil aku bekerja di hospital Serdang tidak keluar lagi. Pegawai Operasi kata dia tidak sempat keluarkan duit di bank untuk pekerja yang dapat gaji cash. Kawan sebilikku pula ada kelas ganti Jumaat malam. Aku bukan apa paling utama nak balik kampung ini sebab kawan sebilikku nak datang beraya dan teringin makan rendang kerang mak aku. Tetapi dah jadi macam ini, nak buat macam mana. Aku hanya memendam rasa. Tidak mengapalah, kertas kerja masih banyak lagi ini. Sukar nak diungkapkan tetapi tanggungjawab beb! Dari sekaranglah belajar pikul tanggungjawab. Betul tak?

Mana nak ku cari...

Hai, kenapalah, begini payahnya menjalani kehidupan kini... Inilah bilanya sudah kurangnya kejujuran dalam diri manusia bukan? Manusia yang suka mempermainkan-mainkan orang kian banyak. Mereka hanya tahu nak berseronok. Pada yang lurus bendul dan terlalu baik sudah tentu terkena bukan? Sebenarnya, kadang-kadang yang terkena itu bukan bodoh tetapi sekadar meneruskan sikap kejujuran yang sekarang ini semakin kurang dalam diri manusiawi. Apa yang difikirkan hanyalah kebahagiaan dan kesenangan diri daripada hendak pedulikan hati dan perasaan orang lain. Jadi, siapa yang masih mempunyai sifat insani yang sebenar, teruskan...

Monday, October 5, 2009

Ku galas bebanan ini

Sememangnya, sepanjang minggu ini merupakan minggu yang terlalu sibuk buat aku dan rakan-rakan. Namun, aku terus kentalkan diri, kuatkan semangat. Semua kursus yang ku ambil pada sem ini, semuanya menuntut pengorbanan. Ku korbankan wang ringgit, tenaga, dan masa demi menghasilkan yang terbaik. Contohnya, bibliografi untuk subjek Penyelidikan Kesusasteraan Melayu sudah tiga kali aku print dan hantar. Walaupun cuma kesalahan kecil tetapi semua markah bukan? Jadi, aku dengar kata pensyarah... Kalau nak betulkan...silakan... Ya, aku pergi dan masih lagi dengan usaha pergi membetulkan. Biar pun orang di kedai komputer selalu sangat tengok muka aku, asyik print benda yang sama tetapi aku tidak kisah kerana aku mahu pensyarah puas hati kerana aku dapat buat seperti yang dikehendakki. Jadi, apa-apa pun, aku tetap galas setiap bebanan yang datang...

Sunday, October 4, 2009



Pengalaman bekerja di Hospital Serdang
Sebenarnya, aku ketika dan saat ini masih bersedih di atas pemberhentian kerja di Hospital Serdang pada 30 September lalu. Mula kerja pada 11 Ogos 2009 . Tdak tahu mengapa aku sedih sangat... Walaupun di tempat kerjaku ramai pekerja India tetapi aku rasa seronok pula seperti rasa menyahut konsep Satu Malaysia. Aku tersangat baik dengan mereka semua... Bulan puasa aku sedekah apa yang termampu pada mereka. Lepas itu, tiba raya aku teringat pada mereka juga sehinggalah sampai di UPM semula aku membawa kuih raya untuk mereka. Aku sudah anggap mereka seperti keluargaku sendiri. Namun, sebenarnya, ada yang lebih menyedihkan yang membuatkan kakiku cukup berat meninggalkan Hospital Serdang itu... Sayang yang bertaut, kasih yang tersemai hanya Allah yang tahu...Apapun, yang penting semua itu pengalaman, pengalaman manis dan duka melaksanakan tugas pasti ada. Sekian dari aku...

RENTETAN KEHIDUPAN

Aku bersyukur kepada Allah sehingga kini diberikan ruang untuk bernafas. Aku terlalu berharap agar apa yang telah terjadi dalam hidupku selama ini dapat dijadikan pengajaran dan pedoman. Sepanjang kehidupan memang penuh dugaan tetapi hanya kita perlu mengintai hikmahnya. Suka, duka yang dilalui sebenarnya...bukan untuk menyakitkan tetapi mengajar kita menjadi lebih tabah menghadapi. Wahai, kawan-kawanku semua! Janganlah kita cepat melatah ketika diuji, kesabaran itu penting... Sekadar lambakan kerja itu baru dugaan dan cabaran kecil tetapi bagaimana andai musibah yang tidak diduga menimpa, tabahkah kau menghadapinya... Jawapan semua ada pada dirimu, kawan...

LUAHAN JIWA

Puas aku berusaha menjadi yang terbaik. Namun, hatiku yang masih tidak tetap sering menghadiahkan seribu duka. Tidak ku pasti mengapa...walau diri sering jadi pilihan tetapi hati kecilku masih menolak walau sebenarnya aku sayang semua mereka itu. Aku sebenarnya sudah letih dan bosan tetapi bukan salah siapa, salah diri yang tidak dapat menerima permainan dunia kini yang sukar untuk mencari teman yang sejati yang begitu jujur dan ikhlas di hati.
Hari raya yang disambutku pada tahun ini menjadi suram sedikit kerana kedua-dua adik lelakiku tidak dapat bersama pada hari raya pertama kerana mereka berdua ada komitmen pada kerja. Namun, kehadiran tetamu yang ramai menceriakan keadaan. Ku lihat ibuku bertungkus-lumus tanpa henti. Aku membantu setakat mana yang ku mampu lakukan. Saudara yang begitu ramai tiba dari siang hingga ke tengah malam menggamit sauasana, menceriakan keadaan di rumahku menjelang hari raya. Sememangnya, begitulah setiap tahun. Apa yang menjadi rebutan hidangan hari raya dsi rumahku sudah pastilah redang kerang ibuku yang sukar nak diungkapkan dengan kata-kata kelazatannya. Apa pun suka-duka hari raya telah menjadi kenangan. Hari raya ketujuh ku pulang ke UPM untuk membuat catatan ini, untuk meneruskan komitmen bekerja dan menyiapkan kertas kerja yang masih perlu dibuat.

Madah Kalbu

Dalam kita melakukan kesilapan, jangan kita terus melakukan kesilapan..Ubahlah sikap agar tiada siapa lagi terasa dengan kita. Memang kita tidak disedari dalam diam kita ada menyakiti hati orang. Seperti aku, ada seorang insan yang telah ku sakiti hatinya. Bukan sengaja ku menyakiti tetapi sebenarnnya...ketika dan saat itu aku tidak bersedia menerimanya lebih dari seorang adik dan kawan. Namun,ketika aku telah kehilangannya kini baru ku tahu erti peritnya kehilangan seseorang yang telah ku sakiti hatinya. Dan, kini hatiku yang terasa sakit dan peritnya.