Wednesday, October 14, 2009

Aku berlakon lagi???

Alamak, aku terlibat lagi dengan perkara yang boleh dikategorikan lakonan gak. Tetapi kali ni lakonan tanpa suara iaitu lakonan video klip. Aku dah agak dah confirm aku aku yang kena jadi pelakon utama. Mungkin dieorang tengok aku yang selamba ni. Tetapi, tak kisahlah, kerana itu tugasan dari pensyarah. So, aku dengan rela memberi kerjasama kepada group aku setelah mereka mahu aku jadi heroin dalam video klip tu. Apatahlagi, lagu yang terpilih tu adalah lagu kegemaranku " Puspa" nyanyian ST12. Biasalah, lagu dari mana lagi yang sedap sangat didengar dan dihayati kerana penuh dengan jalan cerita kalau bukan dari seberang( Indonesia). Sekarang group aku sedang giat menjalani latihan sebelum lakonan sebenar dilakukan dan sebelum video klip tersebut dimasukkan ke dalam You Tube seperti yang diminta oleh Dr. Normaliza.

No comments:

Post a Comment