Sunday, October 4, 2009

Hari raya yang disambutku pada tahun ini menjadi suram sedikit kerana kedua-dua adik lelakiku tidak dapat bersama pada hari raya pertama kerana mereka berdua ada komitmen pada kerja. Namun, kehadiran tetamu yang ramai menceriakan keadaan. Ku lihat ibuku bertungkus-lumus tanpa henti. Aku membantu setakat mana yang ku mampu lakukan. Saudara yang begitu ramai tiba dari siang hingga ke tengah malam menggamit sauasana, menceriakan keadaan di rumahku menjelang hari raya. Sememangnya, begitulah setiap tahun. Apa yang menjadi rebutan hidangan hari raya dsi rumahku sudah pastilah redang kerang ibuku yang sukar nak diungkapkan dengan kata-kata kelazatannya. Apa pun suka-duka hari raya telah menjadi kenangan. Hari raya ketujuh ku pulang ke UPM untuk membuat catatan ini, untuk meneruskan komitmen bekerja dan menyiapkan kertas kerja yang masih perlu dibuat.

No comments:

Post a Comment