Monday, October 5, 2009

Ku galas bebanan ini

Sememangnya, sepanjang minggu ini merupakan minggu yang terlalu sibuk buat aku dan rakan-rakan. Namun, aku terus kentalkan diri, kuatkan semangat. Semua kursus yang ku ambil pada sem ini, semuanya menuntut pengorbanan. Ku korbankan wang ringgit, tenaga, dan masa demi menghasilkan yang terbaik. Contohnya, bibliografi untuk subjek Penyelidikan Kesusasteraan Melayu sudah tiga kali aku print dan hantar. Walaupun cuma kesalahan kecil tetapi semua markah bukan? Jadi, aku dengar kata pensyarah... Kalau nak betulkan...silakan... Ya, aku pergi dan masih lagi dengan usaha pergi membetulkan. Biar pun orang di kedai komputer selalu sangat tengok muka aku, asyik print benda yang sama tetapi aku tidak kisah kerana aku mahu pensyarah puas hati kerana aku dapat buat seperti yang dikehendakki. Jadi, apa-apa pun, aku tetap galas setiap bebanan yang datang...

No comments:

Post a Comment