Wednesday, October 14, 2009

Kerana Kejadian Itu...

Kerana kejadian itu iaitu kejadian kemalangan yang menimpa si dia aku mula mengenali keluarganya.... Aku rasa terharu sangat kerana ibu si dia sungguh baik dengan aku. Ketika ibunya menelefon aku pada jam tiga pagi aku sedang tidur. Cuma pada jam lima pagi baru aku terbaca mesej ibunya yang menyatakan:

Fiza, anak mak cik tiada apa-apa. Jadi jangan risau-apa-apa. Dia dah pulang ke rumah.

Aku begitu legalah, membaca mesej. Itu bermakna dia masih boleh teruskan hidup apatahlagi usianya yang masih 19 tahun. Dan kerana jadi biasa dengan ibunya, aku dah pun maklum perangai nakal dan degilnya. Tetapi tidak mengapa, aku faham kerana dia masih muda. Jadi, apa yang aku boleh berikan hanya nasihat sebagai seorang kakak atau apa-apa sahaja. What ever... Kerana Allah yang menentukan segala-galanya.

No comments:

Post a Comment