Wednesday, October 14, 2009

Aku Sakit Mata!


Aduhai, aku sakit mata? Tak pernah-pernah aku kena. Kena pulak. Sudah masuk dua hari mataku merah-merah, malunya... Cermin mata hitam lamaku pula telah rosak. Yalah, dah nak masuk tiga tahun tak tukar-tukar beb. Apa nak buat ni... Nak tutup mata yang agak menjengkelkan tiap mata lain yang memandang. Tiada pilihan, terpaksa tebalkan muka tanya member-member. Member-member perempuan semuanya tiada. Agaknya, aku je kot yang terover koleksi bergaya. Tetapi aku tak peduli apa orang nak kata. Kita adalah kita, orang lain adalah orang lain. Bukan berdosa memilikki spek mata hitam pun. Berbalik pada cerita nak pinjam spek mata tadi, akhirnya dapat gaklah pinjam dari seorang kawan ni, dia risau aku sakit mata jadi dia bagilah aku pinjam spek mata dia. Spek mata kesayangan dia pulak tu hadiah hari jadinya. Memanglah, spek mata lelaki tetapi zaman sekarang dari baju hinggalah ke aksesori lain-lainnya macam dah tiada beza untuk lelaki dan perempuan. Dengan itu, sehingga kini iaitu ke perpustakaan aku buat catatan ini aku pakai spek mata hitam. Banyak mata memandang beb tetapi aku buat tak tahu. Aku pakai pun bukan sebab nak glamour pun. Dalam kelas memang sure aku tak berani sebabnya budak-budak lelaki nanti terlebih-lebih mengusik.

No comments:

Post a Comment