Friday, October 16, 2009

KOMEN TENTANG KELAS MULTIMEDIA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU


Kelas Multimedia ini yang dikendalikan oleh Dr.Normaliza memberi banyak faedah kepada pelajar. Apa yang saya dapat sepanjang mengikuti kelas Multimedia dalam Kesusasteraan Melayu ialah saya lebih peka dengan perkembangan teknologi semasa. Contohnya, penggunaan blog dilihat berfaedah kerana di situlah tempat kita semua berkongsi masalah dan maklumat. Dari situ juga kita tahu setiap yang bernama manusia pasti diuji dengan pelbagai dugaan dan teman-teman yang mengikuti blog kita dapat memberi galakan dan sokongan yang membina melalui komen-komen mereka. Selain itu, melalui facebook pula mengajar saya membina teka-teki dan pantun untuk dikongsi bersama kawan-kawan. Di mana, kebanyakan dari teka-teki dan pantun yang saya berikan melalui facebook adalah ciptaan saya sendiri. Disebabkan ianya adalah ciptaan sendiri maka akan adalah pertambahan teka-teki dan pantun baru. Aktiviti-aktiviti lain pula seperti e-sastera pula dapat menonjolkan bakat dalam penciptaan karya kreatif malah rakan-rakan yang lain dapat memberikan maklum balas kelebihan dan kekurangan karya kita. Dari situ kita dapat memperbaikki apa yang kurang. Di samping itu, aktiviti-aktiviti dalam kelas seperti e-majalah, dapat mengajar kita tentang asas-asas grafik seperti mudah, kesesuaian, warna, keseimbangan,dan teks. Sebagai kesimpulan, kelas Multimedia dalam Kesusasteraan Melayu memberi faedah kepada saya. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Dr. Normaliza Abd. Rahim...

No comments:

Post a Comment