Wednesday, October 14, 2009

Aku berlakon?




Aku akan berlakon??? Macam tak percaya je... Taklah, sebenarnya bukan di syarikat produksi lakonan pun just berlakon dalam kelas teater Kumpulan 4( Kokurikulum Berkredit). Sebenarnya, aku tak nak terlibat sebab aku dah tahun akhir sudah tentu busy sangat apatahlagi aku merasakan aku perlu bagi peluang pada junior-junior tetapi apa nak buat dieorang nak gak aku bawa satu watak. Aku bawa watak orang tua berusia 60 tahun, Fatimah berdasarkan skrip Alas Lapik Pinang. Tak apyahlah aku nak cerita sinopsis cerita ini kat sini. Korang pergilah tengok masa pementasan sebenar nanti. Just, apa aku nak kongsi kat sini, aku sekarang tengah buat latihan suara. Macam mana nak tukar jadi seorang tua walaupun aku ni boleh dikategorikan kecoh jugalah. Tak apa, aku akan cuba dan aku dengan rela dikritik oleh semua kawan yang menonton supaya aku tahu aku ni ada bakat atau tidak walaupun aku minat. Sebab kata orang ada minat, ada rupa tetapi kalau tak ada bakat tak boleh juga. Namun, begitu kalau nak mencuba tak salahkan... Tunggu dan lihat...

No comments:

Post a Comment