Thursday, October 8, 2009

Dah Letih dan Makin Keliru

Sebenarnya, aku dah letih memujukmu adik... Tetapi, entahlah, aku pujuk ke kau. Aku sendiri pun tidak tahu. Aku cuma berani menghantar mesej. Apabila berhadapan dengan kau, tidak berani pula aku bersuara meluahkan apa yang terbuku. Mungkin kau ada menyalahkan aku, mengatakan aku bohong atau sekadar bermain dengan kata-kata tetapi sebenarnya tidak. Disebabkan tidak tertahan lagi dengan tekanan perasaan ini maka aku luahkan segala-galanya dalam blog ini. Tetapi percayalah andai kita lembutkan hati masing-masing dan ikhlas memaafkan antara satu sama lain pasti ini tidak terjadi. Dan yang paling penting kita perlu campakkan perasaan lain yang pernah singgah di hati kerana selagi ada perasaan itu tetapi kita tidak bisa memilikki antara satu sama lain maka takkan terlerai apa yang terbelenggu di fikiran kita.

No comments:

Post a Comment