Thursday, October 8, 2009

AKU TERKILAN...

Aku terkilan sungguh sepatutnya malam ini aku bersama keluargaku sebab aku memang sudah rancang nak balik kampung apabila dapat tahu kelas hari Khamis dan Jumaan batal. Kawan sebilik ku pula nak ikut serta. Tiba-tiba gaji hasil aku bekerja di hospital Serdang tidak keluar lagi. Pegawai Operasi kata dia tidak sempat keluarkan duit di bank untuk pekerja yang dapat gaji cash. Kawan sebilikku pula ada kelas ganti Jumaat malam. Aku bukan apa paling utama nak balik kampung ini sebab kawan sebilikku nak datang beraya dan teringin makan rendang kerang mak aku. Tetapi dah jadi macam ini, nak buat macam mana. Aku hanya memendam rasa. Tidak mengapalah, kertas kerja masih banyak lagi ini. Sukar nak diungkapkan tetapi tanggungjawab beb! Dari sekaranglah belajar pikul tanggungjawab. Betul tak?

No comments:

Post a Comment