Wednesday, October 14, 2009

Dah baik dengan si dia...

Sebenarnya, nak kata kiteorang pasangan couple tak jugak. Aku berumur 22 tahun dan dia 19 tahun. Seperti adik dan akak bukan? Tetapi maybe kiteorang sayang antara satu sama lain. Pergaduhan antara aku dan si dia sekejap dulu sebab dia tidak boleh terima bekas pakwe aku nak berkawan dengan aku semula. Terus dia tidak baik dengan aku. Keegoaannya buatlah aku sakit hati. Tetapi, tak mengapa, aku cuba lembutkan hati, pergilah melawat dia ditimpa kecelakaan atau sakit. Dia masih buat tak tahu je tetapi kuasa Allah siapa yang tahu akhirnya pada hari ini aku berbaik-baik semula dengan dia. Panjang perbualan kami. Walaupun asyik kena sakat tetapi aku tidak kisah janji dia boleh tersenyum melihat aku semula seperti waktu-waktu dahulu... Aku kalau boleh tidak mahu pergaduhan kami berpanjangan walaupun baik bukan sebagai teman istemewa kerana bagiku luahan-luahan dia dulu terhadap aku sudah berlalu. Lagipun, aku harus hargai jasa seorang teman sepertinya yang telah banyak membantu aku dan mengambil berat tentang diriku dalam pelbagai hal.

No comments:

Post a Comment