Sunday, October 4, 2009



Pengalaman bekerja di Hospital Serdang
Sebenarnya, aku ketika dan saat ini masih bersedih di atas pemberhentian kerja di Hospital Serdang pada 30 September lalu. Mula kerja pada 11 Ogos 2009 . Tdak tahu mengapa aku sedih sangat... Walaupun di tempat kerjaku ramai pekerja India tetapi aku rasa seronok pula seperti rasa menyahut konsep Satu Malaysia. Aku tersangat baik dengan mereka semua... Bulan puasa aku sedekah apa yang termampu pada mereka. Lepas itu, tiba raya aku teringat pada mereka juga sehinggalah sampai di UPM semula aku membawa kuih raya untuk mereka. Aku sudah anggap mereka seperti keluargaku sendiri. Namun, sebenarnya, ada yang lebih menyedihkan yang membuatkan kakiku cukup berat meninggalkan Hospital Serdang itu... Sayang yang bertaut, kasih yang tersemai hanya Allah yang tahu...Apapun, yang penting semua itu pengalaman, pengalaman manis dan duka melaksanakan tugas pasti ada. Sekian dari aku...

2 comments:

  1. aik.. kamu da berhenti kerja? kenape ye?

    ReplyDelete
  2. Ok, baru kini dapat ku jawab soalanmu ini. Banyak sebab saya ni berhenti kerja. Antaranya, sebab sibuk dah dengan teater. Setiap malam kena buat latihan.Bukan teater peringkat kolej ataupun UPM tetapi teater kokurikulum berkredit beb... Markah tu... Dah r jadi pelakon sebagai orang tua... Aduhai... Kena tukar suara jadi orang tua r... Tgok r kelainannya nanti ya... Pementasan sebenar tidak pasti lagi bila sebab tidak dapat tempat untuk mementaskannya...Tunggu...

    ReplyDelete